Saturday 22 February 2014

Yoga, Pilates or Stretchings?

Topic yang agak controversial kan? :) 

MissAshkeen kali ni nak share pasal senaman ringan untuk semua..

Tapi xtau lah nak panggil apa..


dok bergelak je the Bears Syndicate dok melawak :P 

Secara asasnya..
Senaman tu perlu untuk kita semua,sebab tentunya ia mempunyai banyak kebaikan.

Jika kita impikan kualiti kehidupan yang lebih baik untuk jangka masa panjang,tentunya senaman mampu untuk menguatkan stamina,juga  membentuk badan yang sihat dengan mengawal serta menurunkan berat badan.

Dalam masa yang sama kita juga mampu untuk mencegah penyakit ( dari demam biasa atau sakit jantung yg kronik,contohnya).

Jadi berbalik pada topic ni..kesemua senaman yang akan dikongsikan sebenarnya adalah gabungan ketiga-tiga senaman yoga,pilates dan stretching (regangan) ini.


Yoga
• mempunyai pengaruh ajaran Hindu semenjak 5 ribu tahun yg lepas,mempunyai elemen emosi dan spiritual.
•membantu pernafasan untuk mengawal stress dan masalah ketagihan.

Pilates 
•Dicipta oleh John Pilates pada tahun 1920
•menguatkan badan terutamanya tulang belakang,bahagian perut dan 'postur' badan.

Stretchings ( Regangan )
•secara semulajadi dialami oleh manusia dan haiwan (menguap,menggeliat)
•membantu kepada kekuatan dan ketahanan otot.
•boleh meredakan ketegangan dan kecederaan serta meningkatkan stamina semasa bersukan.
•meperbaiki perjalanan darah seterusnya boleh mengeluarkan toksin dalam badan.



Memandangkan Yoga mempunyai elemen pengaruh hindu di dalam meditasinya,maka satu Fatwa telah dikeluarkan oleh Jakim untuk mengharamkan senaman Yoga ini bagi umat Islam.

Ini kerana kemungkinan unsur pemujaan/bacaan meditasi ada disertakan sekali sehingga boleh mengganggu akidah umat Islam. 

MissAshkeen mengaitkan kaitan senaman yoga di sini SEKADAR rujukan yang dibaca di internet.Jadi untuk maklumat lanjut boleh lah search sendiri di Google ok.

Sekali lagi diingatkan walaupun blog ini ditulis di dalam bahasa Melayu,tetapi perkongsian senaman ini adalah untuk semua yang boleh bertutur dan membaca Bahasa Malaysia dengan baik.

--------------------------------------------------------------------------------------------


Senang cerita,MissAshkeen hanya mahu berkongsi senaman yang selalu dilakukan  setiap hari.

Memandangkan MissAshkeen mempunyai latihan ballet dan gymrama dulu, missAshkeen senang dengan semua senaman yang mudah dilakukan ini ,lagi-lagi sebab tak perlu nak berlari atau active sangat,tapi memang akan berpeluh dan memenatkan ok!

Masalah sikit apabila description semua nama senaman ini susah nak ditranslate..so setiap tajuk senaman ini akan disertakan sekali beserta dengan nama panggilannya di dalam bahasa Sanskrit gunaan Yoga.

Senang sikit..bolehlah anda semua cari sendiri maksud setiap satu bila nak google sendiri.

Xdelah sampai nak tulis "senaman kaki bersila-duduk atas tanah-tangan di bahu-mata di atas" kan?:p (sarcastic pose) hahaha..

Ok pose tu ada sebenarnya,namanya "ardha padmasana"..cuma tangan tu kat peha lah;) 

See,kan senang?:) 

So sebelum mula,kalau boleh cuba sekurang-kurangnya 3 minggu sekali (5-10x untuk satu pose) sekiranya anda baru nak start,supaya boleh konsisten dan nampak hasilnya.

Dan jangan lupa untuk minum air kosong dengan banyak dan dapatkan rehat yang cukup!

Xboleh,jangan paksa diri..perlahan-lahan ok!:) 



Jom!Jom!!:) 
MissAshkeen

DISCLAIMER: 
*dapatkan konsultasi jurulatih kesihatan jika anda ragu-ragu dengan senaman ini.
MissAshkeen tidak akan bertanggungjawab jika terdapat kecederaan fizikal atau dalam apa jua cara sekalipun.tq*

No comments:

Post a Comment