Tuesday 1 April 2014

Emcee : Perjanjian MOU Smart Taxi Ads


          Satu Majlis Perjanjian Persefahaman MOU di antara Destination Transport ( M) Sdn Bhd dan Gigalink Solutions Sdn Bhd telah dijayakan dengan penuh kesyukuran pada 18 Disember 2013 di ibu pejabat Destination Transport (M) Sdn Bhd, Selayang.

           Perjanjian ini merupakan satu perjanjian persefahaman dan pelancaran Projek Smart Taxi Ads untuk rangkaian teksi di seluruh Malaysia.



          MissAshkeen telah ditugaskan untuk menjadi Pengacara Majlis bagi majlis yang penuh bersejarah ini. Tugas MissAshkeen selain daripada sebagai pengacara adalah untuk menyediakan skrip, memastikan kordinasi majlis berjalan lancar dan juga menjayakan kelancaran protokol pengurusan majlis.



           Sedikit ringkasan, Smart Taxi Ads ini adalah sistem pengiklanan digital dalaman teksi yang merupakan satu - satunya di Asia dan akan dilancarkan sepenuhnya bermula tahun hadapan.

           Medium teksi digunakan kerana pemandu teksi merupakan duta kecil Malaysia yang dikenalpasti mudah untuk membantu para pelancong asing yang melawat negara kita.



          Smart Taxi Ads ini akan mengiklankan pelbagai info menarik hanya apabila pelanggan melanggan perkhidmatan teksi ini. Dalam masa yang sama para pengiklan akan berjaya menentukan pilihan maklumat yang sesuai untuk diiklankan  berdasarkan kepada pilihan dan gaya hidup pengguna menggunakan perisian 'geo - targeting system'.

          Dalam menjayakan projek ini, organisasi - organisasi kerajaan seperti Tourism Malaysia, SPAD, PDRM, MTDC dan UTM akan bersama - sama menyumbangkan kerjasama yang erat bagi memastikan kelancaran projek ini pada tahun hadapan.



           Dalam tugasan kali ini, MissAshkeen berasa amat gementar kerana pengurusan protokol di dalam majlis ini agak sukar dan berterusan sehingga ke akhir majlis. Ditambah pula dengan kehadiran tetamu - tetamu VVIP kehormat yang berprofil tinggi, MissAshkeen perlu menyediakan skrip yang teratur,tersusun dan juga bersulamkan pantun yang indah bagi melambangkan kesopanan budaya kita di dalam majlis.



     Syukur Alhamdulillah, akhirnya MissAshkeen menerima respon positif dari pihak penganjur di dalam testimonial yang baru diterima.

---------------------------------------------------------------------------------------------

TESTIMONIAL
SHARIFAH ASYIKIN

Tuan / Puan yang dihormati,
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk mengisi borang testimonial ini. Untuk memudahkan anda,sila isi di bahagian yang  berkaitan dengan lengkap.

Nama /  Nama Syarikat : Gigalink Solutions Sdn Bhd

Jenis Acara : Corporate Event

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN DI ANTARA DESTINATION TRANSPORT (M) SDN BHD DAN GIGALINK SOLUTIONS SDN BHD PADA 18 DISEMBER 2013

Dari segi ‘Rehearsal’ dan penyusunan skrip upacara :
Cik Sharifah Asyikin telah memilih skrip yang bersesuaian mengikut tema dan aturacara majlis dan berkeyakinan dalam menyampaikan setiap butiran skrip mengikut intonasi yang berpadanan dengan ‘mood’ dan masa.

Persembahan, Imej dan Komunikasi Pengacara :
Persembahan daripada Cik Sharifah Asyikin dengan imej dan penampilan yang sesuai dan menarik sangat menepati kehendak syarikat. Komunikasi juga baik dengan ‘audience’ mengikut status tetamu VVIP dan semua para jemputan. Para jemputan didapati amat focus dan tidak bosan ketika beliau mengacara majlis.

Pengetahuan Pengacara di dalam etika dan protokol majlis :
Cik Sharifah Asyikin telah membuat ‘homework’ terlebih dahulu dan kelihatan bersedia dalam penyampaian mengenai latarbelakang syarikat, dan bijak dalam mengolah susunan skrip dan beretika serta berpengetahuan mengenai protokol majlis.

Dalam pengurusan dan ko-ordinasi majlis, Pengacara :
Cik Sharifah Asyikin bijak dalam mengatur masa yang telah diperuntukkan untuk setiap agenda-agenda yang telah ditetapkan oleh syarikat kami dan ini bergantung pada kreativiti beliau dan didapati beliau berkebolehan.

Secara keseluruhannya ( recommendation) :
Syarikat kami sangat berpuas hati dengan prestasi yang telah dibuktikan oleh Cik Sharifah Asyikin di mana beliau berbakat dalam bidang pengacaraan majlis seumpana ini dan kami tidak teragak-agak untuk menggunakan khidmat beliau di majlis-majlis anjuran syarikat kami di masa akan datang.

………………………………………
Muhammad Nizam Abd Lah Sani
Pengarah

Gigalink Solutions Sdn Bhd                      

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


*Keratan video yang dapat dikongsi bersama tetapi maaflah kualiti tidak begitu menarik.

 Terima kasih kepada Gigalink Solutions diatas tugasan pengacaraan ini dan juga tahniah di atas Pelancaran Projek Smart Taxi Ads.


MissAshkeen.