Saturday 22 February 2014

Senaman KULIT Cantik, Sihat dan Bersinar.

Senaman untuk kulit cantik,sihat dan bersinar?
Boleh ke?

Ok,asasnya begini,

Masalah kulit selalunya terjadi apabila diri berasa tertekan (stress).Ini akan meningkatkan paras toksin di dalam badan dan menganggu pelawasan sistem perkumuhan badan.


Untuk meyelesaikan masalah kulit,selalunya ubat akan diambil untuk dimakan atau disapu,kan?

Tetapi adakalanya ubat tidak berkesan, mungkin kerana  dalaman badan anda tidak serasi dengan ubat yang dicadangkan, atau tidak konsisten dengan cara pemakanan yang sesuai.

Kulit yang tidak dijaga dengan baik secara dalaman atau luaran boleh mengakibatkan jerawat (acne), eczema (alahan kulit) atau psoriasis (penyakit kulit kronik sehingga merah dan berkuping).

 Justeru MissAshkeen ingin berkongsi senaman yang mungkin anda semua boleh cuba untuk memperbaiki kondisi kulit anda.

Cubalah sekurang-kurangnya 3x seminggu (5-10 kali untuk setiap pose) untuk membaiki sistem dalaman badan anda,melancarkan sistem darah dan seterusnya dapat mencantikkan kulit.

 Mungkin kali ini senaman mudah ini boleh mendatangkan hasil yang positif dengan lebih cepat! :)


1) Ardha Padmasana ( Half Lotus Throne )


Ardha Padmasana (half lotus throne)

Duduk bersila,tegakkan badan,tarik dan hembus nafas secara perlahan-lahan.

Meredakan ketegangan dan tekanan bekerja.















2) Bharadvajasana ( Seated Twist )


Bharadvajasana ( Seated Twist )

Duduk tegak,dan pusingkan badan anda ke kiri dan ke kanan perlahan - lahan

Jangan lakukan jika anda mempunya cirit birit,pening,darah tinggi,darah rendah,insomnia dan menstruasi.











3) Pachimottasana (Seated - Forward - Bend )

Pachimottasana ( Seated - Forward - Bend )


  • Lunjurkan kaki dan cuba untuk capai tangan anda ke kaki dengan perlahan - lahan.
Jangan cuba sekiranya anda masalah tulang belakang.










4) Parivtta Janu Sirsasana ( Seated - Side - Bend )



Parivtta Janu Sirsasana ( Seated - Side - Bend ) 










Dalam posisi bersila badan menegak,lunjurkan kaki kanan anda ke tepi dengan luas.

Angkat tangan kiri ( bertentangan) dan perlahan - lahan bengkokkan badan anda menghala ke kaki kanan anda.

Ulang dengan posisi kaki kiri melunjur ke luar bersama tangan kanan.





5)Tadasana ( Mountain ) 


Tadasana ( Mountain )


Berdiri tegak dan tarik dan lepaskan nafas secara perlahan - lahan.

Tundukkan kepala ke bawah dan buat satu pusingan ikut arah jam dan sebaliknya.

Berkesan untuk mengeluarkan toksin dalam badan dan menjadikan organ dalaman berjalan lancar.
















6) Uttanasana ( Standing - Forward - Bend ) 


Uttanasana ( Standing - Forward - Bend )


Berdiri tegak dan rapatkan kaki anda. 

Dengan perlahan turunkan badan sehingga tangan anda mencecah lantai.

Ini akan melancarkan darah ke seluruh badan dan meredakan tekanan pada kepala,leher,bahu, tulang belakang dan tulang peha belakang.

Jangan lakukan sekiranya anda mempunyai masalah tulang belakang.














7) Halasana (The Plough)


 
Halasana ( The Plough )

  









  Baring di atas tikar dan bengkokkan sebelah kaki.Angkat kaki kanan dan seterusnya imbang badan supaya badan anda turut naik ke atas.

Seterusnya bawakan kedua - dua kaki anda turun ke kepala anda dan luruskan tangan anda sekiranya boleh. Bernafas secara perlahan.

Halasana mampu melancarkan darah,membaiki sistem penghadaman dan menjadikan kulit bersinar kerana ia boleh  mengekalkan hormon badan.

Jangan lakukan jika ada masalah pada hati, darah tinggi,cirit-birit, menstruasi atau kecederaan pada leher.

--------------------------------------------------------------------------------------------

OK cukup 7 senaman untuk kulit yang sihat,cantik dan bersinar :)


Jangan lupa untuk melakukan setiap posisi senaman ( pose ) anda secara perlahan - lahan dan sekurang - kurang nya 3 kali seminggu ya.

Paling penting,jangan cuba jika anda tidak boleh melakukannya, mungkin ia kelihatan mudah pada MissAshkeen tetapi ada juga senaman yang agak berat untuk dilakukan.

Moga kita semua boleh dapat kulit yang cantik dengan senaman - senaman yang MissAshkeen selalu amalkan ini.

Jangan lupa untuk banyakkan rehat dan minum air kosong juga!


Good Luck :)
MissAshkeen 


** Oh, pastikan anda membaca post MissAshkeen yang sebelum ini di bawah jika anda ingin mendapat tau maklumat asas senaman yang dilakukan.

*Terima kasih pada The Bear Syndicate ( Facebook) yang telah bekerjasama untuk menghasilkan gambar yang terbaik. Edit collage sendiri so if ada yang xlawa,salah MissAshkeen tauuu ;) 









No comments:

Post a Comment