Sunday 16 February 2014

TvC : ( Bitas ) Mimpi Ngeri di Kota Kinabalu.

Errr..sorry..bukan iklan sebenarnye,tapi ShortFilm ;) 

MissAshkeen xde label yg sesuai utk topic nih so terpaksa tumpang post TVC nih,bukan pelakon drama film so xde section for it lah hehe

Baru-baru ni MissAshkeen telah ditawarkan untuk berlakon di dlm sebuah shortfim (filem pendek).
Alhamdulillah rezeki :) 

Minor role dan sekejap aje, so ok y not,since MissAshkeen loves challenges, let's do it!

Ni kali ke-2 MissAshkeen buat shortfilm,so far it has been a very interesting experience sebab berbeza dengan iklan yang selalu dibuat.


first meetup kat The Curve,semua muka malu2 lagi hehehe

Di bawah arahan Encik Islah Wahyudi, Mimpi Ngeri di Kota Kinabalu ( Bitas ) ini berkisarkan tentang pengalaman mistik dan seram yang dialami oleh 2 sahabat ( Ali/ Gargia  dan Barba / 'Bastardo' ) di Kota Kinabalu, Sabah.

Apa perasaan anda jika sedang anda syok-syok bercuti di tempat orang,tanpa sebab munasabah,tiba-tiba muncul 'kemaluan-brg sulit' anda di bahagian dahi??!

Hah,itulah Bitas, sejenis sihir yang sememangnya wujud di negeri - negeri Kepulauan Borneo.
Seram kan?Sure cuak x ingat punye!

Jadi dalam cerita ini,kedua sahabat ini akan berusaha untuk mencari punca penyelesaian kepada sihir ini dan siapa yang telah menyihir mereka.


Pekerja housekeeping je :) xpe rezeki yang halal dan mulia MissAshkeen LIKE! :)

MissAshkeen memegang watak sebagai Ekin,pekerja hotel yang telah di"fitnah" melakukan bitas terhadap mereka,tetapi ending nya sangat lah "twisted" dan mengerikan.


Funny how tahi lalat yang memang ada kat mulut MissAshkeen ni boleh jadi cerita n punca fitnah diorg.haha. (Kena besarkan mole tu bg obvious)

Testing-testing :)

Haipp xboleh cerita panjang hehe,penggambaran mereka xhabis lagi so tunggu MissAshkeen post Shortfilm ni bila dah siap nanti k!

Watak utama di dalam cerita ini adalah Abg Hasnol Rahmat dan Andrea.




Syukur dapat berkenalan dengan Abg Hasnol, seorang pelakon yang memang terkenal dan berpengalaman,dapat MissAshkeen belajar serba sedikit tips berlakon!

Andrea pula adalah seorang Italian Expatriate yang bekerja di sini. Y lah Italian ppl so handsome???;) 



Pelakon lain pula adalah Mischa Selamat (graduan business admin) dan juga Eyza (penyanyi utama SALAMMUSIK)

Bergumbira dengan Eyza dan Zella ( kawan baik Eyza) while waiting,selfies lah ape lagi :) thx lyn gile kak kin,hehehe

Director of Photography adalah FakhrulAmin dan crew-crew lain yang sempat MissAshkeen kenal adalah AzrulSham dan Taslem.

Behind the Scene.

Walaupun kitorang ni adalah newbies, tapi MissAshkeen rasa Andrea, Mischa dan Eyza ni berlakon lagi power dari MissAshkeen,nak rasa jeles rugi kan diri lah pulak kan, so dapat share, bergelak n training sama-sama dah cukup baik dah,thx korangggggg :) 

MissAshkeen punya scene ada 2 je,shoot di Damas Suites and Residences di Plaza Damas (cantik sangat) dan di Sungai Buloh.

Simple and nice!
Sorry bilik dijadikan port menunggu so sepah sikit, tapi kalau nak tgk Boutique Hotel yang memang cantik dan berbaloi ni lagi details boleh klik sini ok!


So selepas selesai shooting untuk semua part actors dan actress (ehem!) crew Shortfilm ni seterusnya telah menyambung lagi penggambaran di sekitar lokasi menarik seperti Kundasang dan Kota Kinabalu,Sabah.


Seronok betul diorang kat Sabah ni,tempat cantik dan warga PriBumi Sabah semuanya ramah2 dan comel2! <3 
MissAshkeen jeles!!!!! :) Balik!Balikk hahahaha


Encik Islah bersama Kaum Murut di Inanam, cantik sangat kan Sabah?

So walaupun xhabis lagi penggambaran ni..seperti biasa lah MissAshkeen akan demand privilege sebagai seorang blogger (yo-o haha) untuk membuat special review for my blog..


Tadaaaaa!!! Berjaya gak interview  Tuan Director dan Tuan DOP untuk blog MissAshkeen,yeahhh!!!




                     

 Dan juga Main Actor dalam shortfilm ini iaitu Abg Hasnol Rahmat,yeay!




                                     
Masing - masing dah penat tapi terima kasih sebab sanggup diinterview impromptu masa tu gak,kalau x dgr sangat sorry eh ( tgklah muka MissAshkeen dah selebet LOL,but tq Taslem!)

 MissAshkeen rasa bangga ok!
Dapat belajar benda baru lain dari apa yang selalu dibuat (challenge's accomplished!) dan..

Dapat bekerjasama dengan bakat-bakat baru yang memang berbakat dan boleh digilap lagi untuk dunia industri perfileman kita, in sha Allah :) 

MissAshkeen harap hasil outcome shortfilm yang dihasilkan ini akan menjadi cantik menarik untuk ditonton, tapi apa-apa pun diharapkan semua di sini akan memberi peluang dan menyokong anak-anak muda ini yang cuba untuk tampil dengan sesuatu yang lebih kreatif dan produktif, ' for the better of themselves, for the filming industry and also for the future of our generations' ,ok!:) 

Tahniah untuk Encik Islah Wahyudi sebab berani tampil dengan sesuatu yang baru dan lebih mencabar (lepas ni dengar dah masuk dah offer rezeki lain,Alhamdulillah) dan 

Terima kasih juga sangat-sangat sebab bagi peluang untuk MissAshkeen cuba sesuatu yang baru!!!:) 

Tunggu Bitas ( Mimpi Ngeri di Kota Kinabalu ) nanti MissAshkeen share di sini!



       xoxo,
-MissAshkeen-



No comments:

Post a Comment