Tuesday 11 February 2014

BEAUTY : Tomato ( Scrub & Mask )



Tomato Scrub dan Mask mula diamalkan oleh MissAshkeen semenjak 2 bulan lepas kerana telah ditegur keadaan kulit muka MissAshkeen semakin lesu dan gelap akibat terlampau sibuk dan juga masalah kesihatan.

MissAshkeen suka akan kesan yang terhasil daripada penggunaan tomato ini kerana hasilnya agak ketara semenjak pertama kali pemakaian.

Manakan tidak, Tomato yang kaya dengan Lycopene ini berupaya untuk mengembalikan keserian kulit, merawat parut dan pigmentation juga merawat sunburn pada muka.


Scrub yang MissAshkeen gunakan dari gula pula membantu untuk menyental
 ( exfoliate ) sel-sel kulit muka secara semulajadi, dan menutup liang pori MissAshkeen yang terbuka teruk disebabkan oleh blackheads dan whiteheads,terutamanya di hidung 
( sehingga berwarna gelap dan kasar akibat penggunaan mekap selalu, ketara sangat sampaikan ditegur oleh mekap artiste! )

Ditambah dengan tepung dan lemon, Tomato Mask ini telah berjaya mencerahkan kulit, mengawal penghasilan minyak di muka, dan juga berupaya menghasilkan collagen semulajadi untuk membantu keanjalan kulit MissAshkeen.

Yang paling penting, MissAshkeen tak perlu membazir duit untuk membeli Facial Scrub dah, dan kulit MissAshkeen semakin berseri (kemerahan) secara semulajadi!

Ikuti tips bergambar MissAshkeen dan alami perbezaannya yang sangat ketara! :) 


Bahan- bahan :

Tomato ( dipotong 1/4)
Gula halus ( 2 sudu kecil )
Tepung ( beras untuk collagen, atau jagung untuk mengawal minyak pada muka - 2 sudu kecil )
Lemon ( dipotong 1/2 )
Timun ( 2 keping nipis )


Bersihkan muka dari segala kotoran / mekap.


Tekapkan potongan kecil tomato di atas gula halus dan sapukan secara lembut pada keseluruhan muka terutamanya di hidung dan bawah bibir.Tunggu sehingga kering.


Lebihan tomato? Jangan risau, gaulkan bersama tepung bersama perahan lemon sehingga menjadi pati pekat Mask.


Sapukan pada muka dan leher dengan rata terutamanya di bahagian mata. Boleh juga disapukan di bibir.


Iklan kejap bersama Mr. Bunny sementara menunggu Mask kering :) 


Anda juga boleh berehat sambil meletakkan 2 kepingan timun di mata untuk membantu lingkaran bawah mata yang gelap.Tomato amat bagus untuk kulit jadi pastikan anda menikmatinya sementara menunggu!:) 

Setelah mask kering, cuci dan urut bahagian muka dan leher dengan urutan menaik bagi mengelakkan graviti. Basuh dan bersihkan muka anda.


Hasilnya, wajah lebih berseri, bersinar dan licin tanpa mekap!! :) 

Kalau ada masalah blackhead,cuba buang dulu dengan lembut kemudian pakailah scrub tomato tu sekurang-kurangnya 2x seminggu!

Cuba, ok!:) 

-MissAshkeen-

*Terima kasih pada The Bear Syndicate (Facebook) yang telah bekerjasama untuk menghasilkan gambar yang terbaik.* :) 




















No comments:

Post a Comment