Tuesday 11 February 2014

BEAUTY : Let's Get Pretty, Together!:)



Sehingga 2 bulan lepas, MissAshkeen perasan yang kulit MissAshkeen makin kusam dan lesu,atas faktor sibuk bekerja dan masalah kesihatan.


Ramai yang dah tegur terutamanya bila MissAshkeen tak pakai mekap, atau bila dimekap oleh Mekap Artist(e), bahagian  hidung terutamanya akan berbiji- biji kasar dengan whiteheads/blackheads dan lingkaran bawah mata juga semakin gelap!


Banyak produk yang MissAshkeen cuba tapi akhirnya berbalik kepada produk "homemade" jugak,walaupun consider murah dan xde "class", tp Alhmdulillah kesan positif lagi cepat MissAshkeen nampak dan sangat menjimatkan!:) 


Bukan MissAshkeen xsuka barangan kecantikan commercial,sukaaa sgt..


Tapi kalau beli sebab packaging/branding/marketing product tu macam bestttt je,tapi bila pakai effect nye so-so..buatpe kn?


Kulit MissAshkeen xde sebarang masalah berat, Alhamdulillah..except for sinus lah,n occasional breakouts bila stress, or panda eyes bila kurang rehat..


Tapi bila dok letak mekap banyak sangat kat muka setiap hari,pastu bila nk bersihkan pun guna pulak barang chemical je..bila betul2 kulit ni boleh rest,kan?


Kerja MissAshkeen memerlukan MissAshkeen untuk bergerak aktif setiap hari, berpenampilan kemas dan menarik,jadi penggunaan mekap memang perlu sangat samada untuk menjadi lebih yakin,atau lebih cantik ( pardon me) 


Dan itu yg semakin jadi risau tuh, lagi-lagi bila makin meningkat umur ni, MissAshkeen kena lebih pentingkan kesihatan dan kecantikan asli, meaning nak kulit,rambut dan badan nampak semulajadi cantik dan sihat tanpa perlu disaluti mekap tebal2.


Senang xpayah pakai mekap,nk buat semua benda pun lebih senang dan lebih berkeyakinan :) 


Jangan risau, produk di pasaran juga ada bagusnya,MissAshkeen hanya akan membeli dan membuat review apabila ia benar-benar berhasil!


So since MissAshkeen dah ada blogspot ni,dengan rendah hati MissAshkeen ingin nak share segala ilmu kecantikan / kesihatan atau apa2 yang menarik yang boleh kita semua kongsi bersama.


As a trainer too, tentunya tugas MissAshkeen adalah untuk berkongsi idea dan ilmu yang telah dipelajari untuk org ramai.


Anda juga boleh belajar bagaimana seorang itu mempunyai kulit dan kesihatan yang baik dan sihat sekali, jadi takde lah tertanya2 apa beauty secrets yang dipakai dan diamalkan.


Yang paling penting, kita semua dapat belajar untuk meningkatkan keyakinan dan kesedaran diri untuk kebaikan masa hadapan.


Apa2 yang MissAshkeen tau kita akan belajar dan berkongsi bersama ya,jadi sudi2 lah belek blog MissAshkeen ni dan jgn kedekut ilmu,jom share dgn kawan2 atau sesiapa sahaja yang memerlukan, In Sha Allah :) 


Terima kasih pada mereka yang sudi bekerjasama dgn MissAshkeen bagi menjayakan projek kesedaran (awareness), kecantikan dan kesihatan ini.


Sebagai makluman, MissAshkeen akan berkongsi bukan sahaja tips/barangan kecantikan dan kesihatan menggunakan bahan alami/semulajadi sahaja,tetapi juga barangan commercial atau yang laris di pasaran.


Segala yang MissAshkeen kongsikan adalah berdasarkan pengalaman yang dialami SENDIRI (pendapat umum mungkin berbeza) setelah menggunakan bahan tersebut, juga honest reviews mengenai baik buruknya sesuatu product itu supaya para pengguna/pembeli boleh menilai dan membeli dengan lebih bijak. 


MissAshkeen juga tidak menjual sebarang produk yang dipromosikan di blog ini, hanya sebagai panduan dan berkongsi ilmu sahaja. 


Jika anda berminat untuk membeli sebarang produk yang dinyatakan, anda boleh klik pada link jualan yang disediakan ( recommended  online/retailers).


So let's get started! 
Be-You-tiful!!:)



Sebarang pertanyaan boleh diajukan pada shasyikin.corp@gmail.com dan add "MissAshkeen" di Instagram!



Makeup : Deena Al - Attas ( FB )
Photo : Fazuli PhotoArt ( FB )

      Love,
-MissAshkeen-


*Disclaimer: Sila dapatkan khidmat nasihat dari pakar kesihatan yang bertauliah jika perlukan maklumat lebih lanjut mengenai setiap produk yang MissAshkeen kongsikan.MissAshkeen tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang masalah /reaksi kesihatan yang mungkin timbul terhadap pengguna*

No comments:

Post a Comment