Sunday 9 February 2014

PENGACARA MAJLIS : Sara & Yazid - Perkahwinan


Alhamdulillah, MissAshkeen berkesempatan untuk menjadi Pengacara Majlis Perkahwinan untuk Puan Maisara AinulSofia dan Encik Yazid di Nouvelle Hotel.

Menariknya,MissAshkeen akan berduet bersama dengan abang kepada pengantin perempuan,iaitu Encik FaizulAzhar Khushairi :) 

Pasangan Pengantin,ehhh..Pengacara Majlis yang comel :P mcm budak skolah lah pulak kan

Alhmdulillah lega sikit rasanya sebab kali ni tugas MissAshkeen ringan sedikit,sebab boleh pass bahagian Co-ordinator kepada Encik Faizul,sebab Encik Faizul juga berpengalaman di dalam bidang pengacaraan majlis dan lebih mudah untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga beliau dan juga para petugas yang terlibat utk menjayakan majlis tersebut.

Rehearsal dan juga perbincangan skrip dilakukan pada malam sebelumnya di lokasi bagi memastikan kesempurnaan aturcara.

Majlis bermula tepat pada pukul 8mlm dan berakhir pada pukul 11 mlm seperti yang dirancang.Tema songket asli dipilih dan kami berdua mengenakan warna sedondon berwarna ungu. 

Skrip yang akan dipersembahkan juga adalah secara separa formal (kurang protokol) kerana pihak keluarga inginkan suasana santai dan mesra.

MissAshkeen tak sempat lagi nak dapatkan gambar pengantin dan juga gambar pelamin yg berhias indah,tapi nanti MissAshkeen dapat akan dipost di sini ya.

Sedikit insert dari video yang sempat diambil semasa mengacara: 



Ramai jugak kawan2 Encik Faizul yang MissAshkeen kenal,so memang gembira lah,kurang rasa nervous.

Gambar MissAshkeen je yang byk tgh bergembira dengan Shkib dan Marina ;) 



Shkib yang sporting,MissAshkeen and Marina berlakon jadi bini berebut shkib,hahaha:p 


Selfie yang wajib diambil,utk elak gemuruh ni!:) 

Kak Zalina (tengah) dan Etty Garib (first time jumpe Etty,selalunya kat Fb je).

Kak Zalina dan Etty dua-dua adalah makeup artiste,malu MissAshkeen mekap sendiri last minit comot je,baju pun last minit beli sebab bz sgt hehe :) 

Kak Zalina adalah makeup artiste utk pengantin kali ni,xsempat nak tunjuk lagi gambar Puan Maisara hasil sentuhan Kak Zalina..memang cantik!!!:) 

So far,Alhamdulillah syukur sebab MissAshkeen dan Encik Faizul berjaya mengacarakan majlis dengan baik dan lancar.

Terima kasih juga kepada kumpulan gamelan yang telah mengalunkan muzik yg begitu indah dan tepat pada masa yang diperlukan.

MissAshkeen seronok sangat sebab Encik Faizul dan keluarga sangat professional dan sporting,dan syukur mereka telah memberikan input yang sangat baik untuk testimonial Pengacaraan Majlis MissAshkeen,Alhmdulillah :) 



Terima kasih ya :) In sha Allah apa yang kurang akan MissAshkeen perbaiki lagi.Satu lagi pengalaman indah untuk Missashkeen catitkan di dlm blog ini.

Oh,harap Encik Faizul boleh berkerjasama lagi dengan missAshkeen sebagai Pengacara majlis pada masa hadapan! 

Banyak ilmu yang MissAshkeen berjaya perolehi dari Encik Faizul terutamanya di dalam bidang kordinasi majlis,syukur!

Dengan rendah hati,MissAshkeen juga ingin menawarkan perkhidmatan Pengacara Majlis / Coordinator untuk sebarang majlis secara solo/berduet kepada anda jika akan melangsungkan perkahwinan ya.

Boleh email pertanyaan kepada MissAshkeen di shasyikin.corp@gmail.com atau Fb (Sharifah Asyikin). 

Portfolio berkaitan segala kerja-kerja pengacaraan yang telah MissAshkeen lakukan dahulu ada di YouTube : Sharifah Asyikin.
Terima Kasih :) 


 "Udara panas selubungi diri,
 Hari semakin menuju senja;
 Kerja selesa ikhlas hati,
 Dapat berkat ganda pahala." - A.R


Sekalung Budi Seikhlas Hati, 
-MissAshkeen-


No comments:

Post a Comment