Wednesday, 19 February 2014

BusyBody :(

Penat kan layan busybody - busybody nih??! :/

Ada je benda nak kena sibuk-sibuk,adaaaa je benda nak tau,nak kena amik tau..hmmpphh..penat!

Dah macam busybee dah!!

Eh..

ehhhhhh...salah topic eh?

Busy buat keje,bukan busy body menyebok hal orang ni..oopss! ;P

Nampaknya MissAshkeen dah makin terer ni buat teknik marketing ayat power dan panas di blog ni cewah!

Sorry lah kak limah cik peah,nanti nanti lah eh kita gosip2 ( ade ke hahahah), kali ni bukan citer panas hal body org ye :P

So!!

Alhamdulillah, lately ni MissAshkeen terlampau sibuk sangat sampai x terupdate blog ni,jumpe org,kje,meeting,melepak ( tu wajib - kumpul ideas n ilmu sebenarnya *kofkof* ) dll..


muka kepenatan hari ni , maintain comel tu mcm real aje ;) 

But Id like to thank everyone for reading my Beauty Tips on the Tomato Scrub..u can try it if u want..xde paksaan..of course ada banyak lagi tips n produk kecantikan etc yang MissAshkeen akan share kat blog ni utk kita sama-sama benefit ( xsabar!) so tunggu eh?:)

Selepas blog ni dipublish,MissAshkeen dapat ber-brainstorm dengan friends and professional bloggers on my content..tq so much mmg MissAshkeen perlukan sangat feedback nih.

But here lemme declare kat sini yang this is a personal blog of mine..since i love to do everythg (life is just too beautiful for me Alhamdulillah,im sure urs too! ) so the concept of writing is err..memang rojak..the way i talk,thts the way ill have it written down here..

(Mari kita belajar buat muka penat ala2 perasan "comel" utk selfies ok adik2:p)

But then for the tips or any informational content,ill try to have it written as formal as possible..sebab slalunya project untuk satu post selalunya is a teamwork between me n photographers/makeupartiste etc..so for them to share n for u to read it easily memanglah harus ditulis dengan kemas..

Secondly, people asked me y is it that im using Bahasa Malaysia in this blog for the real stuff?
Y Not?:) 

ohh x leh eh?:P 

xdelah,blog ni ditulis dengan niat nak share sesama kita..xtarget pun nak org Mexican or a Hawaian to read my blog ( kalau ada oh im very humbled! ) share dengan org kita je..org Asia Malaysia,or anywhere or anyone yang boleh bertutur atau menulis Bahasa Malaysia dengan baik..n dont be suprised yang other people n races even in Japan n Russia are learning our language too!

Alah org lain stick je dengan bahasa diorg xde masalah pun kan..ada Google Translate lagi so no problem lah..

So yeah,again,im sorry if i offended u guys in any way possible..but ill try to write n share more stuff that i can here..more often..lebih kerap..yeah :)

ok.sambung buat kerja.

xoxo
-MissAshkeen-

Sunday, 16 February 2014

TvC : ( Bitas ) Mimpi Ngeri di Kota Kinabalu.

Errr..sorry..bukan iklan sebenarnye,tapi ShortFilm ;) 

MissAshkeen xde label yg sesuai utk topic nih so terpaksa tumpang post TVC nih,bukan pelakon drama film so xde section for it lah hehe

Baru-baru ni MissAshkeen telah ditawarkan untuk berlakon di dlm sebuah shortfim (filem pendek).
Alhamdulillah rezeki :) 

Minor role dan sekejap aje, so ok y not,since MissAshkeen loves challenges, let's do it!

Ni kali ke-2 MissAshkeen buat shortfilm,so far it has been a very interesting experience sebab berbeza dengan iklan yang selalu dibuat.


first meetup kat The Curve,semua muka malu2 lagi hehehe

Di bawah arahan Encik Islah Wahyudi, Mimpi Ngeri di Kota Kinabalu ( Bitas ) ini berkisarkan tentang pengalaman mistik dan seram yang dialami oleh 2 sahabat ( Ali/ Gargia  dan Barba / 'Bastardo' ) di Kota Kinabalu, Sabah.

Apa perasaan anda jika sedang anda syok-syok bercuti di tempat orang,tanpa sebab munasabah,tiba-tiba muncul 'kemaluan-brg sulit' anda di bahagian dahi??!

Hah,itulah Bitas, sejenis sihir yang sememangnya wujud di negeri - negeri Kepulauan Borneo.
Seram kan?Sure cuak x ingat punye!

Jadi dalam cerita ini,kedua sahabat ini akan berusaha untuk mencari punca penyelesaian kepada sihir ini dan siapa yang telah menyihir mereka.


Pekerja housekeeping je :) xpe rezeki yang halal dan mulia MissAshkeen LIKE! :)

MissAshkeen memegang watak sebagai Ekin,pekerja hotel yang telah di"fitnah" melakukan bitas terhadap mereka,tetapi ending nya sangat lah "twisted" dan mengerikan.


Funny how tahi lalat yang memang ada kat mulut MissAshkeen ni boleh jadi cerita n punca fitnah diorg.haha. (Kena besarkan mole tu bg obvious)

Testing-testing :)

Haipp xboleh cerita panjang hehe,penggambaran mereka xhabis lagi so tunggu MissAshkeen post Shortfilm ni bila dah siap nanti k!

Watak utama di dalam cerita ini adalah Abg Hasnol Rahmat dan Andrea.




Syukur dapat berkenalan dengan Abg Hasnol, seorang pelakon yang memang terkenal dan berpengalaman,dapat MissAshkeen belajar serba sedikit tips berlakon!

Andrea pula adalah seorang Italian Expatriate yang bekerja di sini. Y lah Italian ppl so handsome???;) 



Pelakon lain pula adalah Mischa Selamat (graduan business admin) dan juga Eyza (penyanyi utama SALAMMUSIK)

Bergumbira dengan Eyza dan Zella ( kawan baik Eyza) while waiting,selfies lah ape lagi :) thx lyn gile kak kin,hehehe

Director of Photography adalah FakhrulAmin dan crew-crew lain yang sempat MissAshkeen kenal adalah AzrulSham dan Taslem.

Behind the Scene.

Walaupun kitorang ni adalah newbies, tapi MissAshkeen rasa Andrea, Mischa dan Eyza ni berlakon lagi power dari MissAshkeen,nak rasa jeles rugi kan diri lah pulak kan, so dapat share, bergelak n training sama-sama dah cukup baik dah,thx korangggggg :) 

MissAshkeen punya scene ada 2 je,shoot di Damas Suites and Residences di Plaza Damas (cantik sangat) dan di Sungai Buloh.

Simple and nice!
Sorry bilik dijadikan port menunggu so sepah sikit, tapi kalau nak tgk Boutique Hotel yang memang cantik dan berbaloi ni lagi details boleh klik sini ok!


So selepas selesai shooting untuk semua part actors dan actress (ehem!) crew Shortfilm ni seterusnya telah menyambung lagi penggambaran di sekitar lokasi menarik seperti Kundasang dan Kota Kinabalu,Sabah.


Seronok betul diorang kat Sabah ni,tempat cantik dan warga PriBumi Sabah semuanya ramah2 dan comel2! <3 
MissAshkeen jeles!!!!! :) Balik!Balikk hahahaha


Encik Islah bersama Kaum Murut di Inanam, cantik sangat kan Sabah?

So walaupun xhabis lagi penggambaran ni..seperti biasa lah MissAshkeen akan demand privilege sebagai seorang blogger (yo-o haha) untuk membuat special review for my blog..


Tadaaaaa!!! Berjaya gak interview  Tuan Director dan Tuan DOP untuk blog MissAshkeen,yeahhh!!!




                     

 Dan juga Main Actor dalam shortfilm ini iaitu Abg Hasnol Rahmat,yeay!




                                     
Masing - masing dah penat tapi terima kasih sebab sanggup diinterview impromptu masa tu gak,kalau x dgr sangat sorry eh ( tgklah muka MissAshkeen dah selebet LOL,but tq Taslem!)

 MissAshkeen rasa bangga ok!
Dapat belajar benda baru lain dari apa yang selalu dibuat (challenge's accomplished!) dan..

Dapat bekerjasama dengan bakat-bakat baru yang memang berbakat dan boleh digilap lagi untuk dunia industri perfileman kita, in sha Allah :) 

MissAshkeen harap hasil outcome shortfilm yang dihasilkan ini akan menjadi cantik menarik untuk ditonton, tapi apa-apa pun diharapkan semua di sini akan memberi peluang dan menyokong anak-anak muda ini yang cuba untuk tampil dengan sesuatu yang lebih kreatif dan produktif, ' for the better of themselves, for the filming industry and also for the future of our generations' ,ok!:) 

Tahniah untuk Encik Islah Wahyudi sebab berani tampil dengan sesuatu yang baru dan lebih mencabar (lepas ni dengar dah masuk dah offer rezeki lain,Alhamdulillah) dan 

Terima kasih juga sangat-sangat sebab bagi peluang untuk MissAshkeen cuba sesuatu yang baru!!!:) 

Tunggu Bitas ( Mimpi Ngeri di Kota Kinabalu ) nanti MissAshkeen share di sini!



       xoxo,
-MissAshkeen-



Tuesday, 11 February 2014

BEAUTY : Tomato ( Scrub & Mask )



Tomato Scrub dan Mask mula diamalkan oleh MissAshkeen semenjak 2 bulan lepas kerana telah ditegur keadaan kulit muka MissAshkeen semakin lesu dan gelap akibat terlampau sibuk dan juga masalah kesihatan.

MissAshkeen suka akan kesan yang terhasil daripada penggunaan tomato ini kerana hasilnya agak ketara semenjak pertama kali pemakaian.

Manakan tidak, Tomato yang kaya dengan Lycopene ini berupaya untuk mengembalikan keserian kulit, merawat parut dan pigmentation juga merawat sunburn pada muka.


Scrub yang MissAshkeen gunakan dari gula pula membantu untuk menyental
 ( exfoliate ) sel-sel kulit muka secara semulajadi, dan menutup liang pori MissAshkeen yang terbuka teruk disebabkan oleh blackheads dan whiteheads,terutamanya di hidung 
( sehingga berwarna gelap dan kasar akibat penggunaan mekap selalu, ketara sangat sampaikan ditegur oleh mekap artiste! )

Ditambah dengan tepung dan lemon, Tomato Mask ini telah berjaya mencerahkan kulit, mengawal penghasilan minyak di muka, dan juga berupaya menghasilkan collagen semulajadi untuk membantu keanjalan kulit MissAshkeen.

Yang paling penting, MissAshkeen tak perlu membazir duit untuk membeli Facial Scrub dah, dan kulit MissAshkeen semakin berseri (kemerahan) secara semulajadi!

Ikuti tips bergambar MissAshkeen dan alami perbezaannya yang sangat ketara! :) 


Bahan- bahan :

Tomato ( dipotong 1/4)
Gula halus ( 2 sudu kecil )
Tepung ( beras untuk collagen, atau jagung untuk mengawal minyak pada muka - 2 sudu kecil )
Lemon ( dipotong 1/2 )
Timun ( 2 keping nipis )


Bersihkan muka dari segala kotoran / mekap.


Tekapkan potongan kecil tomato di atas gula halus dan sapukan secara lembut pada keseluruhan muka terutamanya di hidung dan bawah bibir.Tunggu sehingga kering.


Lebihan tomato? Jangan risau, gaulkan bersama tepung bersama perahan lemon sehingga menjadi pati pekat Mask.


Sapukan pada muka dan leher dengan rata terutamanya di bahagian mata. Boleh juga disapukan di bibir.


Iklan kejap bersama Mr. Bunny sementara menunggu Mask kering :) 


Anda juga boleh berehat sambil meletakkan 2 kepingan timun di mata untuk membantu lingkaran bawah mata yang gelap.Tomato amat bagus untuk kulit jadi pastikan anda menikmatinya sementara menunggu!:) 

Setelah mask kering, cuci dan urut bahagian muka dan leher dengan urutan menaik bagi mengelakkan graviti. Basuh dan bersihkan muka anda.


Hasilnya, wajah lebih berseri, bersinar dan licin tanpa mekap!! :) 

Kalau ada masalah blackhead,cuba buang dulu dengan lembut kemudian pakailah scrub tomato tu sekurang-kurangnya 2x seminggu!

Cuba, ok!:) 

-MissAshkeen-

*Terima kasih pada The Bear Syndicate (Facebook) yang telah bekerjasama untuk menghasilkan gambar yang terbaik.* :)