Showing posts with label Pengacara Majlis Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Pengacara Majlis Perkahwinan. Show all posts

Monday, 13 April 2015

Pengacara Majlis : Nana & Ilyas

 
Pengantin : Ilyas Kordy & Liyana Amirah
Tempat : Dewan Bukit Bandaraya 

Nana adalah jiran yg sama2 tinggal dengan MissAshkeen di Bukit Persekutuan dulu..keluarga Nana dan MissAshkeen memang baik sebab dari kecik adik MissAshkeen (Ikhmal) rapat dgn Aiman abg Nana..

 Dan dulu pun MissAshkeen sgt berterima kasih pada Aiman,sebab kali pertama MissAshkeen buat kerja Emcee adalah masa Aiman kahwin dengan Kida Azny :) jadi kali ni bila dpt peluang sekali lagi memang MissAshkeen rasa honoured sgt sbb mm dah mcm wakil keluarga diorg :) 

Nana kahwin pada hari Jumaat dan check in di Hotel Ritz Carlton Kl,dan bersanding pada waktu malam di Dewan Bukit Bandaraya KL setahun yang lepas ( Baru dpt update when actually Nana dh ada baby comel dh hehe) 

Bersiap di hotel dgn kawan-kawan Nana yang super sporting n comel2,rasa macam sama umur je padahal dah tua sgt akak ni 😂 


Upload semua gambar sebab adik2 ni  comel2 hehe,untung sgt Nana sebab semua kawan dtg n jd bridesmaids,bertambah cantik diorg malam tuh.. :) 

Bersiap2 dari hotel tapi tukar baju bila nk dekat sampai loc..testing tgk mekap sendiri n baju..



Basically bila jd mc kat wedding ni jadi lg mudah sbb dah familiar dgn client n friends pun ramai kat situ..

Dapat jumpe bakal adik ipar n family,deena (ehh..amin2..hehe)


Dapat jumpe ijat n ain (fiona) dgn baby princess yg comel sgt..*kisses*


Dapat jumpe si kecik Maisala ni,baru start pakai tudung masa ni nmpk cuteee sgt :).

 
Gambar2 semua dari collection MissAshkeen sendiri..so very limited and x sempat nak amik proper..tp dpt gak bergambar dengan pengantin yg jelita dan kacak ni..






Btw masa tu pun MissAshkeen xsmpt nk record masa tgh mengacarakan majlis tu,tp ada gak sample yg berjaya dikutip,sikit je tp ok lah sbb re-do :) 



Ok,walaupun dah setahun dah post ni lmbt upload,but im sure i cn still wish these lovely couple Selamat Pengantin Baru lagi,sebab everyday pun is a journey and the love will stay on n gets better kan?:) 

Thank you again for the job,m honoured to be chosen as your Master of Ceremony..lepas ni tggu adik laki diorg Muiz lak kawin,cukup satu family MissAshkeen jd family mc,ok?:p (hint confident je haha) 

---------------------------------

Oh btw,ada byk lg xupload on weddings,corporate emcee,and other jobs (alhmdulillah syukur) on trainings and  events,nanti MissAshkeen upload lagi k..

Meanwhile,if u do need An Emcee Service for your event, either for weddings or corporate or normal event,do contact me at :

Puan Zety : 012 351 6836
Email : shasyikin.corp@gmail.com
Facebook : Sharifah Asyikin
Instagram : MissAshkeen 

Or view my body of works and clientele on Youtube ( Sharifah Asyikin ) ok :) 

Services:

- Consultations sessions 
- basic template
- personalized wedding template
- scriptwriting
- coordinating service ( on event day )
- etiquette and protocol management
- rehearsal
- themed dress and makeup
- Master of Ceremony Service 

At a very reasonable,reliable and professional price..in sha allah

Assalamualaikum!:)

MissAshkeen




Sunday, 9 February 2014

PENGACARA MAJLIS : Sara & Yazid - Perkahwinan


Alhamdulillah, MissAshkeen berkesempatan untuk menjadi Pengacara Majlis Perkahwinan untuk Puan Maisara AinulSofia dan Encik Yazid di Nouvelle Hotel.

Menariknya,MissAshkeen akan berduet bersama dengan abang kepada pengantin perempuan,iaitu Encik FaizulAzhar Khushairi :) 

Pasangan Pengantin,ehhh..Pengacara Majlis yang comel :P mcm budak skolah lah pulak kan

Alhmdulillah lega sikit rasanya sebab kali ni tugas MissAshkeen ringan sedikit,sebab boleh pass bahagian Co-ordinator kepada Encik Faizul,sebab Encik Faizul juga berpengalaman di dalam bidang pengacaraan majlis dan lebih mudah untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga beliau dan juga para petugas yang terlibat utk menjayakan majlis tersebut.

Rehearsal dan juga perbincangan skrip dilakukan pada malam sebelumnya di lokasi bagi memastikan kesempurnaan aturcara.

Majlis bermula tepat pada pukul 8mlm dan berakhir pada pukul 11 mlm seperti yang dirancang.Tema songket asli dipilih dan kami berdua mengenakan warna sedondon berwarna ungu. 

Skrip yang akan dipersembahkan juga adalah secara separa formal (kurang protokol) kerana pihak keluarga inginkan suasana santai dan mesra.

MissAshkeen tak sempat lagi nak dapatkan gambar pengantin dan juga gambar pelamin yg berhias indah,tapi nanti MissAshkeen dapat akan dipost di sini ya.

Sedikit insert dari video yang sempat diambil semasa mengacara: 



Ramai jugak kawan2 Encik Faizul yang MissAshkeen kenal,so memang gembira lah,kurang rasa nervous.

Gambar MissAshkeen je yang byk tgh bergembira dengan Shkib dan Marina ;) 



Shkib yang sporting,MissAshkeen and Marina berlakon jadi bini berebut shkib,hahaha:p 


Selfie yang wajib diambil,utk elak gemuruh ni!:) 

Kak Zalina (tengah) dan Etty Garib (first time jumpe Etty,selalunya kat Fb je).

Kak Zalina dan Etty dua-dua adalah makeup artiste,malu MissAshkeen mekap sendiri last minit comot je,baju pun last minit beli sebab bz sgt hehe :) 

Kak Zalina adalah makeup artiste utk pengantin kali ni,xsempat nak tunjuk lagi gambar Puan Maisara hasil sentuhan Kak Zalina..memang cantik!!!:) 

So far,Alhamdulillah syukur sebab MissAshkeen dan Encik Faizul berjaya mengacarakan majlis dengan baik dan lancar.

Terima kasih juga kepada kumpulan gamelan yang telah mengalunkan muzik yg begitu indah dan tepat pada masa yang diperlukan.

MissAshkeen seronok sangat sebab Encik Faizul dan keluarga sangat professional dan sporting,dan syukur mereka telah memberikan input yang sangat baik untuk testimonial Pengacaraan Majlis MissAshkeen,Alhmdulillah :) 



Terima kasih ya :) In sha Allah apa yang kurang akan MissAshkeen perbaiki lagi.Satu lagi pengalaman indah untuk Missashkeen catitkan di dlm blog ini.

Oh,harap Encik Faizul boleh berkerjasama lagi dengan missAshkeen sebagai Pengacara majlis pada masa hadapan! 

Banyak ilmu yang MissAshkeen berjaya perolehi dari Encik Faizul terutamanya di dalam bidang kordinasi majlis,syukur!

Dengan rendah hati,MissAshkeen juga ingin menawarkan perkhidmatan Pengacara Majlis / Coordinator untuk sebarang majlis secara solo/berduet kepada anda jika akan melangsungkan perkahwinan ya.

Boleh email pertanyaan kepada MissAshkeen di shasyikin.corp@gmail.com atau Fb (Sharifah Asyikin). 

Portfolio berkaitan segala kerja-kerja pengacaraan yang telah MissAshkeen lakukan dahulu ada di YouTube : Sharifah Asyikin.
Terima Kasih :) 


 "Udara panas selubungi diri,
 Hari semakin menuju senja;
 Kerja selesa ikhlas hati,
 Dapat berkat ganda pahala." - A.R


Sekalung Budi Seikhlas Hati, 
-MissAshkeen-