Tuesday, 11 February 2014

BEAUTY : Tomato ( Scrub & Mask )



Tomato Scrub dan Mask mula diamalkan oleh MissAshkeen semenjak 2 bulan lepas kerana telah ditegur keadaan kulit muka MissAshkeen semakin lesu dan gelap akibat terlampau sibuk dan juga masalah kesihatan.

MissAshkeen suka akan kesan yang terhasil daripada penggunaan tomato ini kerana hasilnya agak ketara semenjak pertama kali pemakaian.

Manakan tidak, Tomato yang kaya dengan Lycopene ini berupaya untuk mengembalikan keserian kulit, merawat parut dan pigmentation juga merawat sunburn pada muka.


Scrub yang MissAshkeen gunakan dari gula pula membantu untuk menyental
 ( exfoliate ) sel-sel kulit muka secara semulajadi, dan menutup liang pori MissAshkeen yang terbuka teruk disebabkan oleh blackheads dan whiteheads,terutamanya di hidung 
( sehingga berwarna gelap dan kasar akibat penggunaan mekap selalu, ketara sangat sampaikan ditegur oleh mekap artiste! )

Ditambah dengan tepung dan lemon, Tomato Mask ini telah berjaya mencerahkan kulit, mengawal penghasilan minyak di muka, dan juga berupaya menghasilkan collagen semulajadi untuk membantu keanjalan kulit MissAshkeen.

Yang paling penting, MissAshkeen tak perlu membazir duit untuk membeli Facial Scrub dah, dan kulit MissAshkeen semakin berseri (kemerahan) secara semulajadi!

Ikuti tips bergambar MissAshkeen dan alami perbezaannya yang sangat ketara! :) 


Bahan- bahan :

Tomato ( dipotong 1/4)
Gula halus ( 2 sudu kecil )
Tepung ( beras untuk collagen, atau jagung untuk mengawal minyak pada muka - 2 sudu kecil )
Lemon ( dipotong 1/2 )
Timun ( 2 keping nipis )


Bersihkan muka dari segala kotoran / mekap.


Tekapkan potongan kecil tomato di atas gula halus dan sapukan secara lembut pada keseluruhan muka terutamanya di hidung dan bawah bibir.Tunggu sehingga kering.


Lebihan tomato? Jangan risau, gaulkan bersama tepung bersama perahan lemon sehingga menjadi pati pekat Mask.


Sapukan pada muka dan leher dengan rata terutamanya di bahagian mata. Boleh juga disapukan di bibir.


Iklan kejap bersama Mr. Bunny sementara menunggu Mask kering :) 


Anda juga boleh berehat sambil meletakkan 2 kepingan timun di mata untuk membantu lingkaran bawah mata yang gelap.Tomato amat bagus untuk kulit jadi pastikan anda menikmatinya sementara menunggu!:) 

Setelah mask kering, cuci dan urut bahagian muka dan leher dengan urutan menaik bagi mengelakkan graviti. Basuh dan bersihkan muka anda.


Hasilnya, wajah lebih berseri, bersinar dan licin tanpa mekap!! :) 

Kalau ada masalah blackhead,cuba buang dulu dengan lembut kemudian pakailah scrub tomato tu sekurang-kurangnya 2x seminggu!

Cuba, ok!:) 

-MissAshkeen-

*Terima kasih pada The Bear Syndicate (Facebook) yang telah bekerjasama untuk menghasilkan gambar yang terbaik.* :) 




















BEAUTY : Let's Get Pretty, Together!:)



Sehingga 2 bulan lepas, MissAshkeen perasan yang kulit MissAshkeen makin kusam dan lesu,atas faktor sibuk bekerja dan masalah kesihatan.


Ramai yang dah tegur terutamanya bila MissAshkeen tak pakai mekap, atau bila dimekap oleh Mekap Artist(e), bahagian  hidung terutamanya akan berbiji- biji kasar dengan whiteheads/blackheads dan lingkaran bawah mata juga semakin gelap!


Banyak produk yang MissAshkeen cuba tapi akhirnya berbalik kepada produk "homemade" jugak,walaupun consider murah dan xde "class", tp Alhmdulillah kesan positif lagi cepat MissAshkeen nampak dan sangat menjimatkan!:) 


Bukan MissAshkeen xsuka barangan kecantikan commercial,sukaaa sgt..


Tapi kalau beli sebab packaging/branding/marketing product tu macam bestttt je,tapi bila pakai effect nye so-so..buatpe kn?


Kulit MissAshkeen xde sebarang masalah berat, Alhamdulillah..except for sinus lah,n occasional breakouts bila stress, or panda eyes bila kurang rehat..


Tapi bila dok letak mekap banyak sangat kat muka setiap hari,pastu bila nk bersihkan pun guna pulak barang chemical je..bila betul2 kulit ni boleh rest,kan?


Kerja MissAshkeen memerlukan MissAshkeen untuk bergerak aktif setiap hari, berpenampilan kemas dan menarik,jadi penggunaan mekap memang perlu sangat samada untuk menjadi lebih yakin,atau lebih cantik ( pardon me) 


Dan itu yg semakin jadi risau tuh, lagi-lagi bila makin meningkat umur ni, MissAshkeen kena lebih pentingkan kesihatan dan kecantikan asli, meaning nak kulit,rambut dan badan nampak semulajadi cantik dan sihat tanpa perlu disaluti mekap tebal2.


Senang xpayah pakai mekap,nk buat semua benda pun lebih senang dan lebih berkeyakinan :) 


Jangan risau, produk di pasaran juga ada bagusnya,MissAshkeen hanya akan membeli dan membuat review apabila ia benar-benar berhasil!


So since MissAshkeen dah ada blogspot ni,dengan rendah hati MissAshkeen ingin nak share segala ilmu kecantikan / kesihatan atau apa2 yang menarik yang boleh kita semua kongsi bersama.


As a trainer too, tentunya tugas MissAshkeen adalah untuk berkongsi idea dan ilmu yang telah dipelajari untuk org ramai.


Anda juga boleh belajar bagaimana seorang itu mempunyai kulit dan kesihatan yang baik dan sihat sekali, jadi takde lah tertanya2 apa beauty secrets yang dipakai dan diamalkan.


Yang paling penting, kita semua dapat belajar untuk meningkatkan keyakinan dan kesedaran diri untuk kebaikan masa hadapan.


Apa2 yang MissAshkeen tau kita akan belajar dan berkongsi bersama ya,jadi sudi2 lah belek blog MissAshkeen ni dan jgn kedekut ilmu,jom share dgn kawan2 atau sesiapa sahaja yang memerlukan, In Sha Allah :) 


Terima kasih pada mereka yang sudi bekerjasama dgn MissAshkeen bagi menjayakan projek kesedaran (awareness), kecantikan dan kesihatan ini.


Sebagai makluman, MissAshkeen akan berkongsi bukan sahaja tips/barangan kecantikan dan kesihatan menggunakan bahan alami/semulajadi sahaja,tetapi juga barangan commercial atau yang laris di pasaran.


Segala yang MissAshkeen kongsikan adalah berdasarkan pengalaman yang dialami SENDIRI (pendapat umum mungkin berbeza) setelah menggunakan bahan tersebut, juga honest reviews mengenai baik buruknya sesuatu product itu supaya para pengguna/pembeli boleh menilai dan membeli dengan lebih bijak. 


MissAshkeen juga tidak menjual sebarang produk yang dipromosikan di blog ini, hanya sebagai panduan dan berkongsi ilmu sahaja. 


Jika anda berminat untuk membeli sebarang produk yang dinyatakan, anda boleh klik pada link jualan yang disediakan ( recommended  online/retailers).


So let's get started! 
Be-You-tiful!!:)



Sebarang pertanyaan boleh diajukan pada shasyikin.corp@gmail.com dan add "MissAshkeen" di Instagram!



Makeup : Deena Al - Attas ( FB )
Photo : Fazuli PhotoArt ( FB )

      Love,
-MissAshkeen-


*Disclaimer: Sila dapatkan khidmat nasihat dari pakar kesihatan yang bertauliah jika perlukan maklumat lebih lanjut mengenai setiap produk yang MissAshkeen kongsikan.MissAshkeen tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang masalah /reaksi kesihatan yang mungkin timbul terhadap pengguna*

Monday, 10 February 2014

SYIOKNYE : Pasar Malam Taman Segar, Cheras

Phew..

Long day today..exhilarating but Fun!! :)


Hari ni MissAshkeen dah due utk buat kerja utk submit kat client,wedding script,and blogpost updates, tapi sempat lagi buat appointment utk berjumpa dgn senior MissAshkeen kat skola dulu, Kak Farah Salma @Kak Fasha.


Plannye nak jumpe dgn Kak Irdawati gak tapi Kak Irda x sihat ( tunggu nak interbiu dia nanti kuikuikui) so kitorg jumpe dua je lah kat Bangi Gateway.


Xboleh nak cerita banyak sebab nanti ade cerita (eh ade ke kak?;p) tu nak tolak kat post lain hahaha..


But ni Kak Fasha n me,comel kan kakakku ni!!!:)








Biasalah pompuan,mesti cerita macam2 nonstop,jumpe dekat 2 jam xcukup lagi rasanya!!


Kak Fasha tgh sambung MBA kat UPM,so duk dekat lah dgn kin..ade gak kawan akhirnya yeay!


Nanti kita jumpe lagi k Kak Fasha and Kak Irda,kin nak explore Bangi puas2 nanti so plz guide me!


So bila dh habis session melepak,MissAshkeen pun dah menggagau sape lagi nk kacau (pdhal kje berlambak-yup,procrastinating!) tp nampknya xde mangsa kat area Bangi ni lagi cis! 


Nak turun KL malas lak,tapi kena g internet sebab kena edit byk benda.

Last2 terpikir baik turun kat Cheras je,sng cerita.

Bangi ade cybercafe ke??:( kalau ada bgtau eh,kat Putrajaya ada satu kat Precinct Diplomatik,tp tutup awal kul 10..

Bila laptop rosak,cani lah critenye..habis duit kat cc kalau kena lagi details buat kerja:( xpelah, In Sha Allah elok lh hasilnya bila usaha kan..

So drive lah ke Cheras,tau ada byk Cc kat area situ,plg dekat kat Taman Segar,near Leisure Mall..

Berpusing MissAshkeen cari parking,nape lah sesak sgt,xkn mlm weekend sesak gini kot?

Rupe2nye ade Pasar Malam...oohhh!!

Pk2 blk,hati jadi gumbira hahaha..yeay another post cld be added up here!


MissAshkeen sukaaaaaaaaaa Pasar Malam..im leading a frugal life,hehehe..brg murah suka,brg mahal pun suka..pompuan..sape x suke shopping ye dok?;) 

Dah lama x dtg sini,bertahun kot..

Bestnya Pasar Malam ni mostly are catered to the Chinese Communities here in Taman Segar,but fret not,byk brg2 menarik ade gak djual to the public too.

Barang Basah,Foods,Gadgets,Baju,beauty Stuff..u name it,probably ada kat sini..

MissAshkeen yg mmg seorang loner ape lagi.seronok lah berjalan x ingat dunia..ngelat sikit sbb lps tu tau akan menggagau kna buat kerja hahaha!

Apa yg menarik kat sini,barang yang dijual selalunya xde kat Pasar Malam Melayu..n more up to date,latest stuff byk ade kat sini..

Let's see what's there..sempat buat selfie video nih,hahaha



Rambang mataaaaaa

Byk brg best, barang dapur ada n cooked food,tp mostly x halal lh..


Tgk brg girly2 lak,huish:( nasib baik MissAshkeen xbeli..tp cathy doll stuffs n lain2 tu semua tgh famous skrg kan kat online? Hah xpe nti MissAshkeen nak beli direct dh tau dh mana nk cari.



Biasalah barang pasar mlm,murah2.sapa2 yg high class sgt tuh,sorry lah if u found out here that i adore barang murah ;) tp kalau x beli rugi woooooo:p sama je korang beli kat Bali je Thailand ke even in Europe kalau barang2 xde brand nih:) 

Last2 perut lapar berkeroncong sebab minum kat Gloria Jeans je tadi,tu lh critenye bila happy sgt borak kan,plus MissAshkeen memang susah nak lapar waktu siang..

So cari punye cari ade gak gerai yg jual sate n keropok lekor..i bet ade byk lagi kedai mknan melayu tp sebab raya cina baru habis mesti org x expect akan ada pasar malam..



Muka kebulur :p tgk baju habis kena kuah satay! Dapat gak cari tempat duduk atlast..byk gerai ada seatings tapi mostly utk makanan diorg je lah.

Cari2 gak kedai yg jual binatang,sebab nk beli cats n bunnies' foods..tp x jumpe :( dulu ada jual comel2 sgt puppies..n dont be suprised ada gak org yang jual katak ok..utk digoreng mkn..ada org ckp rasa mcm ayam tp lg sedap..err..no thx!!:p 


Selamba je tegur amoi ni sbb tgk anjing dia cute sgttttt..xleh nk pegang,amik gambar pun jadilah :) nasib baik kena peluk dgn tuan dia,hehehe..comel kan? Nama dia Snow,hehey sama nama dgn bunny MissAshkeen lah!

In the end..terbeliiiii gak..haiyaaa..hasil tangkapan hari ni adalah baju yg comel (rm10-25) iphone charger purple kaler utk adik Yeen (rm20), contact lense colored (rm15-ini mmg murah!) and MissRose nye eyeshadows (rm10-sebab kaler cantik!)..



So..

Elok ke barang pasar malam?

Suka shopping kat SgWang x?:) if u do then no worries,mostly sama je..

Baju-baju simple mmg boleh dibeli kat sini,quality mmg lh x sama kan dgn yg mahal,tp kalau utk daily wear pada MissAshkeen xde masalah..

Mekap?hmmm..depends..ill talk bout tht later..tp MissAshkeen xde hal pakai murahnye gak xde allergies kat kulit..

Contact Lense? Well,if u hv sensitive eyes u better dont buy these here..colored lenses are not healthy actually sebab ada chemical,but yeah,ramai pakai sebab nk cantik..n murah..n lagiii murah kat pasar mlm,so ok lh kot..nti dh pkai will update u!

Well..sekali sekala berjimat tu bagus;) walaupun beli byk brg but murah so MissAshkeen happy kejap hahaha..but tahniah,project loner MissAshkeen berjaya kali nih,siap membeli belah lg hahaha:p 

Jln2 sorang ni best,tp pastu teringat ada kerja kat internet,ok lahhhh sambung blk kerja lh..bila lh lappie ni nak elok..hmmm

Hey!
If u happen to be near Taman Segar Cheras,dekat Leisure Mall on Friday Night,g lh tgk2 brg2 pe yg ada! 

Must tell u it could be an intersting experience for u too! 

Nak lg best,g Taman Connought nye Pasar Malam on Wednesday Night,gile panjangggggggg rows of stalls n brg gempak gile!!;) 

K bye!

#murahmurahpunMissAshkeensuka#
-MissAshkeen- :p